BDTALOGOFINAL REVIEW(9.6.15)

PENERANGAN LOGO

  • Logo berbentuk sebuah buku terbuka melambangkan sumber utama ilmu pengetahuan bagi meningkatkan perkembangan professional yang berterusan dalam memperkasa pembangunan kapasiti guru.
  • Dakwat pula melambangakan luasnya ilmu Allah Ta’ala hatta jIka diambil air dari tujuh (7) lautan untuk dijadikan dakwatnya pun masih tidak mencukupi.
  • Manakala Pen melambangkan ketegasan seorang guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Ia juga adalah lambang pelajaran dan pembelajaran seperti terkandung dalam Surah Al-Alaq ayat yang ke empat (4) iaitu ‘yang mengajar manusia dengan pena’.
  • Simbol empat (4) warna lembaran berbeza pula, mencerminkan empat konsep tematik BDTA iaitu: memimpin (Lead), Penglibatan (Engage), Harapan (Aspire), dan Perkembangan (Develop) atau ringkasnya LEAD.