Our Logo

BDTALOGOFINAL REVIEW(9.6.15)  

PENERANGAN

Logo berbentuk sebuah buku terbuka melambangkan sumber utama ilmu pengetahuan bagi meningkatkan perkembangan professional yang berterusan dalam memperkasa pembangunan kapasiti guru.

Dakwat pula melambangakan luasnya ilmu Allah Ta’ala hatta jIka diambil air dari tujuh (7) lautan untuk dijadikan dakwatnya pun masih tidak mencukupi.

Manakala Pen melambangkan ketegasan seorang guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Ia juga adalah lambang pelajaran dan pembelajaran seperti terkandung dalam Surah Al-Alaq ayat yang ke empat (4) iaitu ‘yang mengajar manusia dengan pena’.

Simbol empat (4) warna lembaran berbeza pula, mencerminkan empat konsep tematik BDTA iaitu: memimpin (Lead), Penglibatan (Engage), Harapan (Aspire), dan Perkembangan (Develop) atau ringkasnya LEAD.